Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat COVID-19, Universiti Buat Majlis Konvokesyen Guna Robot Muka Pelajar

Ketika wabak pandemik COVID-19 ini masih lagi melanda dunia, banyak upacara rasmi seperti majlis konvokesyen universiti terpaksa dibatalkan.

akibat covid-19, universiti buat majlis konvokesyen guna robot muka pelajar

Namun, sebuah universiti di Jepun tetap meneruskan majlis konvokesyen mereka, dengan pendekatan yang kreatif dan berbeza; iaitu menggukan robot.

Advertisement

Robot berkenaan digunakan sebagai pengantaraan antara universiti dan graduan yang tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut.

akibat covid-19, universiti buat majlis konvokesyen guna robot muka pelajar

Business Breakthrough University telah menganjurkan majlis konvokesyen terbabit di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo dalam keadaan tertutup.

akibat covid-19, universiti buat majlis konvokesyen guna robot muka pelajar

Kelihatan juga robot berkenaan memakai jubah konvo bagi menaikkan mood majlis graduasi, manakala para graduan berada di rumah masing-masing dan bersiaran secara langsung melalui aplikasi Zoom.

akibat covid-19, universiti buat majlis konvokesyen guna robot muka pelajar

Perkara tersebut mendapat perhatian ramai yang memuji tahap kreativiti universiti berkenaan, selain membantu mahasiswa untuk bergraduasi dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

akibat covid-19, universiti buat majlis konvokesyen guna robot muka pelajar

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini