Pelbagai cara orang masa kini melamar seseorang. Ada yang romantik, dan tak kurang ada yang tidak masuk akal.
Seorang lelaki dari bandar Kashgar, China menggemparkan media tempatan disana apabila beliau dikatakan melamar kekasihnya di khalayak ramai menggunakan batu seberat 33 tan, yang didakwa sebagai batu meteor.
Advertisement

Liu Fei berkata, beliau telah menghabiskan sebanyak 1 juta Yuan, iaitu bersamaan kira-kira RM650 ribu, bagi membeli batu berkenaan walaupun pada awalnya duit tersebut bertujuan untuk membeli rumah.


Padanya, batu berkenaan adalah simbol kestabilan dan berkekalan dalam perkahwinan.
Sumber: Oddity Central