Bagi mengekalkan jarak selamat dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini, seorang lelaki dari Perlis telah menggunakan joran bagi memberikan duit raya kepada kanak-kanak.

Memetik laporan dari Gempak, Wahizi Wahab, 54, telah memilih untuk menggunakan joran pancing bagi menjaga jarak dan mengelakkan bersentuh dengan tetamu yang hadir.
Advertisement


Menurutnya, idea untuk menggunakan joran ini timbul selepas beliau ternampak batang joran yang ada di rumah, dalam masa sama ketika sambutan hari raya Aidilfitri sedang berlangsung.
Dengan batang joran yang menggunakan penyepit untuk menyangkut sampul duit raya, beliau secara tak langsung boleh menjarakkan diri 1 meter daripada kanak-kanak ketika memberikan duit raya kepada mereka.
Video yang dikongsikan oleh beliau di Facebook sehingga kini mendapat lebih 47 ribu tontonan dengan lebih 500 tanda suka.
Sumber: Gempak / Facebook Wahizi Wahab