Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Syarikat Itali Cadang Guna Kubikel Kaca Untuk Orang Ramai Lepak Tepi Pantai

Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia, banyak industri dilihat terjejas kerana ketiadaan pelanggan dan juga pelancong yang hadir.

Disebabkan itu jugalah, sebuah syarikat dari Itali mencadangkan penggunaan kubikel khas bagi orang ramai untuk menikmati suasana pantai ketika pandemik COVID-19 ini masih lagi belum reda.

Advertisement

syarikat itali cadang guna kubikel kaca untuk orang ramai lepak tepi pantai

Kubikel kaca yang dicadangkan ini akan dipasang dikawasan tumpuan ramai seperti pantai supaya orang ramai masih lagi dapat menikmati suasana nyaman dalam keadaan yang terkawal.

syarikat itali cadang guna kubikel kaca untuk orang ramai lepak tepi pantai

Berukuran 2 meter tinggi dan 4.5 meter lebar, kubikel yang juga dikenali dengan nama Plexiglas ini dilengkapi juga payung boleh tutup dan ia cukup untuk menempatkan satu keluarga dalamnya. Dinding kaca pada kubikel ini juga adalah kalis sinaran UV dan juga didatangkan bersama pencuci tangan beralkohol.

syarikat itali cadang guna kubikel kaca untuk orang ramai lepak tepi pantai

Meskipun masih lagi dalam peringkat cadangan, syarikat yang bertanggungjawab mereka bentuk kubikel khas ini sudah mendapat banyak maklumbalas dari orang ramai yang rata-ratanya berminat untuk mendapatkan kubikel ini.

syarikat itali cadang guna kubikel kaca untuk orang ramai lepak tepi pantai

Fasa pertama Plexiglass dijangka akan dipasang dibeberapa kawasan pantai terpilih dalam masa tiga minggu akan datang.

Sumber: Cronacheancona

ERA Muzik Hit Terkini