Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘’Mata Wang Kripto Akan Digunakan Bila Manusia Hidup Di Marikh,’’ - Elon Musk

Bilionaire SpaceX, Elon Musk berkata, sebaik sahaja manusia mula menghuni planet Marikh, mata wang kripto atau kriptowang akan digunapakai.

ceo syarikat aeroangkasa mungkin akan pindah duduk marikh

Advertisement

Beliau yang ‘sangat yakin’ akan kehidupan di Marikh mempunyai impian untuk membawa manusia tinggal diplanet berkenaan pada tahun 2050.

‘’mata wang kripto akan digunakan bila manusia hidup di marikh,’’ - elon musk

Menerusi satu temubual dalam podcast, Musk berseloroh mata wang berkenaan akan dikenali sebagai ‘Marscoin’.

Tambah lagi, planet yang paling hampir dengan Bumi itu memerlukan perjalanan selama 260 hari menggunakan SpaceX Starship.

Beliau juga sudah memikirkan tentang cara kehidupan manusia di planet tersebut, termasuklah penggunaan mata wang kripto dan juga rumah kubah kaca.

‘’mata wang kripto akan digunakan bila manusia hidup di marikh,’’ - elon musk

saintis dedah rekaan bandar di planet marikh, boleh tempatkan 1 juta orang

Musk berkata: "Mulanya kita akan hidup dalam sebuah kubah kaca. Kemudian, sejenis ‘terraform’ akan digunakan untuk menyokong kehidupan, seperti Bumi.

"Kita dapat membangunkan pangkalan manusia di sana sepanjang hayat kita. Sekurang-kurangnya satu tamadun baharu di angkasa lepas.”

Sebelum ini, sekumpulan saintis pernah mencadangkan satu rekaan bandar di planet Marikh, yang mana dapat menempatkan hingga 1 juta orang.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini