Skip to main content

Advertisement

Hiburan

India Buat Social Distancing Guna Payung Yang Dibuka, ''Dua Payung Lebih Kurang Satu Meter..''

Negara India merupakan antara negara yang sering mencuri perhatian ramai khasnya ketika pandemik koronavirus ketika ini. Mana tidaknya, ada sahaja cara yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu bagi mengajar rakyatnya agar patuh kepada undang-undang.

Terbaru, menerusi portal berita negara tersebut melaporkan, salah satu cara bagi memastikan jarak yang selamat antara satu sama lain adalah dengan menggunakan payung yang dibuka.

Advertisement

india buat social distancing guna payung yang dibuka,

Memetik laporan Khaleej Times, payung itu diperkenalkan kerajaan tempatan dan inisiatif Menteri Kewangan negeri terbabit, T.M. Thomas Isaac.

"Apabila dua payung dibuka, ia secara tak langsung memastikan jarak 1 meter minimum seorang", kata Thomas Isaac menerusi laman Twitter miliknya.

Idea itu juga menjadi projek 'Break The Chain Umbrella' yang telah memperuntukkan sebanyak 10 ribu payung kepada penduduk setempat. Malah Presiden Thanneermukkom Panchayat turut menyatakan bahawa selain digunakan sebagai pelindung hujan dan panas, payung kini digunakan sebagai alat penjarakan sosial.

india buat social distancing guna payung yang dibuka,

Terdahulu, pihak polis di Tamil Nadu, India telah memperkenalkan cara bagi menakutkan rakyat mereka yang ingkar kepada arahan lockdown, iaitu dengan meletakkan mereka bersama pesakit COVID-19 dalam sebuah ambulans.

Sumber: Khaleej Times

ERA Muzik Hit Terkini