
Selalunya kalau potong rambut, kita hanya akan duduk di atas kerusi dan tukang gunting rambut tu akan potong seperti biasa. Cuba bayangkan kalau setiap hari kerja dia macam tu, mesti dah rasa bosan kan?
Advertisement
Sebab tu, ada seorang tukang gunting rambut dari Russia, Denis Yushin mengambil keputusan untuk menggunting rambut dengan cara yang tersendiri. Yushin mengambil keputusan untuk meninggalkan isteri dan anak perempuannya dan menjelajah ke seluruh dunia. Dan dia menawarkan khidmat menggunting rambut untuk membiayai perjalanannya.
Yang menarik pasal Yushin ialah dia tidak menggunting rambut seperti penggunting rambut tradisional. Yushin menggunting rambut dengan pelbagai gaya dan aksi di berlainan tempat. Yang paling ekstrem adalah menggunting rambut di atas awan sambil paragliding. Perghhh!
Kalau korang, sanggup tak buat macam ni?
Sumber: Youtube RT
