Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Demi Secebis Ilmu, Guru Sanggup Mengajar Guna Dulang Jadi Papan Tulis

Besar jasa guru dalam mendidik anak bangsa. Itulah juga yang dilakukan oleh seorang guru dari Sekolah Rendah 131 Manyollong, Sinjai Tengah, Kabupaten Sinjai di Sulawesi Selatan ini.

Ekoran daripada penutupan sekolah sejak tularnya COVID-19 di Indonesia, Susilawati akan ke rumah anak muridnya yang terletak jauh di pendalaman untuk meneruskan amanah mengajar.

Advertisement

demi secebis ilmu, guru sanggup mengajar guna dulang jadi papan tulis

Malah beliau akan membawa dulang aluminium sebagai papan tulis, bagi mengajar anak muridnya yang rata-rata tidak mempunyai telefon pintar.

“Anak-anak murid saya kurang faham jika pembelajaran dibuat secara lisan jadi saya perlu mencatatnya di papan tulis ini.

“Dulang aluminium adalah pilihan terbaik kerana bersaiz kecil selain mudah untuk dibawa berbanding papan tulis yang sebenar,” katanya.

Salah seorang anak murid Susilawati berkata, dia dan rakan-rakan tidak mempunyai masalah sepanjang kelas tersebut meskipun menggunakan dulang sebagai papan tulis.

Sumber: Tribun News

ERA Muzik Hit Terkini