Seorang guru praktikal Bahasa Inggeris, Muhammad Fildza Daniel Mohd Nasir, 21, pernah tular dilaman sosial baru-baru ini kerana mempunyai rupa bagaikan seorang model.
Day 1 as English teacher in school went well. Alhamdulillah ✨ pic.twitter.com/B5BTqrudtW
— Fildza Daniel (@thefildzadaniel) June 17, 2019
Dipetik daripada Remaja, Fildza terpaksa menerima tempias apabila mendapat teguran oleh individu yang tidak senang melihat dirinya terlalu bergaya di laman sosial dan tidak kelihatan seperti seorang guru.
Advertisement
“Salam maaf tegur sedikit ya, saya rasa sebagai seorang guru awak tak sepatutnya terlalu bergaya. Sebab sebagai seorang guru kita tak perlu menonjol sangat di sosial media ni.
“Saya nampak awak ni lebih nak jadi model. Follower ada 38K tapi guru? Gambar kebanyakan seperti model saja? Bukan profession seorang guru.
“Wajar ke guru seperti model di sekolah?
“Maaf tegur bagi saya guru tak sesuai ada rupa yang terlalu menonjol di media sosial. Guru kerja di sekolah bukan Instafamous #Hanyapendapatjujur.”, tulis komen tersebut.

Susulan itu, Fildza kemudian membalas teguran tersebut menerusi laman Twitternya.
“Akan mula pakai topeng hantu ke sekolah bermula Isnin.
“Tapi satu perkara yang korang kena tahu, saya sangat bersyukur sebab sekolah saya semua cikgu baik sangat dan kitorang macam satu keluarga.
“Saya bersyukur dapat sekolah ini, student pun baik dan bijak. Dan individu ini bukan dari sekolah saya dan saya tak rasa dia seorang guru. Dia hanyalah lelaki biasa di media sosial,”, tulisnya.

Sumber: Remaja
