Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Guru Share Lebih 400 Nota Ringkas Matematik Bantu Ibu Bapa Ajar Anak Di Rumah

Seorang guru di Pulau Pinang telah berkongsi lebih 400 muka surat nota ringkas dan formula Matematik bagi membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dengan mudah ketika berada di rumah ketika ini.

Nota yang ditulis Mohd Rodzi Mat Ghani, guru SK Pauh Jaya di Facebook miliknya bukan sahaja menarik minat pelajar, sebaliknya ibu dan bapa yang dapat menggunakan bahan itu untuk mengajar anak-anak di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Advertisement

“Saya menulis nota ini menggunakan tulisan tangan sepenuhnya dan saya kongsi di Facebook dengan niat untuk membantu terutama kepada murid yang gagal dan mendapat gred rendah dalam subjek Matematik.

“Semua ilmu itu adalah daripada ALLAH dan saya cuma sebagai penyampai. Saya tidak berniat untuk menjualnya (nota dan formula Matematik).

“90 peratus kaedah dalam nota tersebut adalah ciptaan saya. Saya mendapat banyak maklum balas daripada suri rumah mengatakan nota tersebut memudahkan mereka mengajar anak-anak di rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menariknya, ada ibu dan bapa yang meminta supaya nota-nota tersebut dijadikan buku untuk memudahkan pembelajaran.

Diharapkan dengan adanya nota ini dapat membantu para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dengan mudah.

Sumber: Sinar Harian.

ERA Muzik Hit Terkini