Siapa sangka, kawasan gurun di Afrika dan Arab Saudi kini telah menerima salji dan ais.

Menurut MailOnline, fenomena berkenaan menyebabkan suhu di wilayah Asir mencatatkan bacaaan -2 darjah Celsius.
Advertisement


Beberapa suhu di bandar Riyadh, Arab Saudi pula adalah pada 14 darjah Celsius, manakala Jeddah pada 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk pula tujuh darjah Celsius pada pagi Isnin.

Laman Twitter @arabnews pula menunjukkan paparan video kawasan pergunungan Dahr yang diselimuti salji.
#WATCH: Parts of #SaudiArabia were blanketed by snow on Friday, especially in the northwestern regions such as the Dahr Mountains (Video: @alekhbariyatv)https://t.co/HCQWErHoR1 pic.twitter.com/g2pN8V7GRp
— Arab News (@arabnews) January 10, 2020
Kali terakhir kawasan pergunungan wilayah Asir dilanda salji adalah pada April 2018.
Sumber: Astro Awani / The Sun