
Penyerang sensasi Manchester City, Erling Haaland sekali lagi memecah rekod Liga Perdana Inggeris apabila beliau berjaya menjadi pemain terpantas menjaringkan 20 gol dengan hanya bermain 14 perlawanan sahaja.
Advertisement
Awal pagi tadi Erling Haaland berjaya menjaringkan 2 gol untuk menundukkan pasukan Leeds United dalam liga Perdana Inggeris. Hasil 2 gol tersebut membuatkan Erling Haaland menjadi penjaring terbanyak liga tersebut dan menjadi pemain paling pantas menjaringkan 20 gol dengan hanya 14 perlawanan sahaja.
Pemain berumur 22 tahun itu sebelum ini pernah memecah rekod menjadi penjaring termuda dalam sejarah piala Eropah.