Sebuah sekolah di Selangor, SMK Batu Laut mempunyai cara tersendiri bagi memastikan kehadiran pelajar 100% penuh, iaitu dengan tawarkan hadiah yang cukup istimewa.

Program yang dinamakan Program Ponteng Sifar (PROPONSIF) Kehadiran 100% itu menyediakan hadiah motosikal di tempat pertama, pakej percutian ke Langkawi ditempat kedua dan dan televisyen LED bagi tempat ketiga.
Advertisement

Menurut akaun Twitter @nrqlhosh, pemenang dari kalangan pelajar ditentukan melalui cabutan bertuah dalam kalangan pelajar yang mencapai kehadiran 100%. Dalam masa sama, kesemua pelajar yang tersenarai juga mendapat set peralatan sekolah.
This is how my school encourage their students untuk tak ponteng sekolah 🙌🏼 pic.twitter.com/laPb9dfKQR
— nura (@nrqlhosh) November 22, 2019
tak minta untuk follow, tapi nak minta jasa baik untuk doakan saya dan rakan rakan batch 02 yang lain supaya semua urusan dipermurdahkan & mendapat result yang cemerlang next year aamin 🤧✊🏼 thanks ❣️
— nura (@nrqlhosh) November 23, 2019
Rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah ini dalam menggalakkan pelajar untuk tidak ponteng sekolah dengan cara sedemikian.
Sumber: Instagram BLAST, Nura