Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Haiwan Pelik Bergerak-Gerak Atas Tangan!

Seorang lelaki daripada Aukland, New Zealand telah berkongsi video haiwan pelik yang dijumpai dikawasan dapur rumahnya baru-baru ini.

lebih setengah juta tonton video haiwan pelik bergerak-gerak atas tangan ni

Advertisement

Video yang mendapat tontonan sehingga 565 ribu view itu nyata menggemparkan warga internet kerana tidak diketahui spesis haiwan apakah yang masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu.

lebih setengah juta tonton video haiwan pelik bergerak-gerak atas tangan ni

“Ibu saya jumpa di lantai dapur pagi ini. Satu lagi masih hidup. Sesiapa yang tahu apa itu? Anak saya terkejut dan mengalami mimpi buruk selama berminggu-minggu!”, kata lelaki berkenaan.

Pasukan entomologi daripada Biosecurity New Zealand berkata, haiwan tersebut mungkin spesis kupu-kupu yang bahagian badannya telah dimakan oleh pemangsa seperti kucing.

“Mereka menjangkakan ia adalah kupu-kupu yang telah dimakan sebahagian badannya, menyebabkan hanya sebahagian badan lain masih bergerak-gerak”, ujar jurucakap Biosecurity kepada Yahoo7.

Eric Edwards, pakar serangga pula mendakwa, ia adalah spesis ulat bulu tikus.

Sumber: New Zealand Herald

ERA Muzik Hit Terkini