Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Handphone Dekat Dengan Kepala Punca Selalu Terjaga Tengah Malam

sering bangun tengah malam ? ni 4 sebab kenapa

Ada orang sering terjaga pada tengah malam. Tidurnya menjadi tak nyenyak dan sering terbangun yang disebabkan oleh 4 perkara ini:

Advertisement

1. Bangun nak buang air 

Terjaga disebabkan bangun nak buang air kecil di sebabkan oleh kita minum air terlalu banyak atau minum kopi. Jadi kawal kadar pengambilan air sebelum tidur atau beberapa jam sebelum tidur. 

2. Handphone dekat dengan kepala

Jangan letak handphone korang dekat dengan kepala. Korang akan mudah terjaga dan check telefon dan menyebabkan sukar nak tidur balik. 

3. Stress

Tidur dalam keadaan stress juga menyebabkan korang senang nak terjaga malam. Sebagai contoh, sekiranya ada sesuatu yang akan berlaku pada keesokan hari dan korang cemas menunggu saat itu, maka tidur korang pun akan terganggu. 

4. Sejuk atau panas

Suhu bilik mempengaruhi sama ada korang selesa atau tak untuk tidur. Sejuk sangat atau panas sangat memang akan buat korang terjaga. Jadi, set suhu yang sesuai okay?

Sumber: DokterSehat

ERA Muzik Hit Terkini