Sekumpulan saintis di China telah menggunakan kaedah foto selfie sebagai cara untuk mengesan penyakit berkaitan jantung.

Dengan menggunakan kaedah pembelajaran komputer, foto pesakit boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengesan sama ada mereka mempunyai penyakit jantung mahupun sebaliknya.
Advertisement
Pesakit perlu menghantar 4 keping foto selfie dan komputer akan menganalisa segala kemungkinan berdasarkan ciri-ciri pada wajah seperti kedutan, warna rambut dan telinga.
Kajian terdahulu pernah dijalankan antara tahun 2017 hingga 2019 keatas 7,000 pesakit dengan kaedah pengesanan muka kepada kaitannya dengan risiko penyakit berkaitan jantung.

Menurut ketua penyelidik, Profesor Zhe Zheng berkata, ini adalah pertama kali mereka berjaya melakukan kajian berkaitan artificial intelligence (AI) yang boleh menganalisa wajah kepada penyakit jantung.
Dengan cara ini juga, satu kaedah yang lebih murah berjaya dilakukan dan memudahkan pemeriksaan dan cadangan rawatan seterusnya dilakukan, berbanding kaedah konvensional yang memerlukan pesakit untuk hadir ke hospital atau klinik.
Kajian berkenaan juga telah diterbitkan dalam European Heart Journal pada 21 Ogos lalu.
Sumber: Science Daily