Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tular Pengantin Bertukar Hantaran Barangan Rumah, Lesung Batu Win!

Sudah menjadi adat perkahwinan bila pengantin menukar hadiah hantaran. Ramai lebih memilih untuk memberikan hantaran yang lebih bermakna dan berharga untuk pasangan masing-masing, misalnya telekung, dompet, kasut dan jam tangan berharga.

Namun lain pula bagi pasangan pengantin ini apabila mereka memilih untuk memberikan hantaran berupa barangan elektrik dan keperluan rumah.

Advertisement

tular pengantin bertukar hantaran barangan rumah, lesung batu win!

tular pengantin bertukar hantaran barangan rumah, lesung batu win!

Dipetik daripada laman Twitter @ayumijaissaki, foto hantaran yang diambil menerusi Instastory itu menunjukkan pasangan pengantin berkenaan saling bertukar barangan keperluan rumah sebagai barang hantaran mereka.

“Wehh tak terfikir pun nak bagi hantaran macamni. This is brilliant cause you need this more than an expensive wallet,”, tulisnya pada kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan idea hantaran seperti ini.

ERA Muzik Hit Terkini