Skip to main content

Advertisement

Hiburan

COVID-19: Hanya Cameron Highland Zon Hijau Di Semenanjung Malaysia

Penularan wabak COVID-19 di Malaysia telah menyebabkan sejumlah 158,434 kes jangkitan dilaporkan setakat 17 Januari 2021.

Sehingga tarikh itu juga, hanya kawasan Cameron Highland di Pahang yang berada dalam zon hijau, dan selebihnya zon merah, kuning dan jingga.

Advertisement

covid-19: hanya cameron highland zon hijau di semenanjung malaysia

Menurut infografik pergerakan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beberapa zon di Sarawak juga masih lagi berada dalam zon hijau.

Setakat 17 Januari 2021, terdapat 3,339 lagi kes baru COVID-19 dicatatkan, dengan pertambahan 7 lagi kes kematian dengan kes aktif kini meningkat kepada 37,782 kes.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini