Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kini Hanya Tiga Daerah Di Semenanjung Malaysia Bebas Jangkitan COVID-19

Setakat jam 12 tengah hari, 12 April 2020, hanya Machang, Yan dan Hulu Terengganu sahaja yang kekal sebagai zon bebas COVID-19 ataupun zon hijau, di Semenanjung Malaysia.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) itu, lapan daripada 11 daerah di Perak masih berada pada zon kuning dengan bilangan satu hingga 20 kes dicatatkan.

Advertisement

kini hanya tiga daerah di semenanjung malaysia bebas jangkitan covid-19

Selangor pula mencatatkan hampir keseluruhan negeri dengan zon merah, kecuali Kuala Selangor dan Kuala Langat (zon jingga) dan Sabak Bernam (zon kuning).

Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, hanya Kuching, Kota Samarahan dan Tawau dilabel sebagai zon merah, manakala Kota Kinabalu dan Lahad Datu sebagai zon jingga setakat ini. Kawasan-kawasan lain masih dilabel sebagai zon hijau dan bebas daripada sebarang kes jangkitan wabak COVID-19.

kini hanya tiga daerah di semenanjung malaysia bebas jangkitan covid-19

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, klik di sini.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini