Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada Peniaga Jadikan Model Kereta Pelanggan Sebagai Tanda Harga Durian Dijual

Musim durian kini tiba lagi di Malaysia. Banyak durian yang dijual oleh peniaga ditepi jalan membuatkan pembeli kini mempunyai banyak pilihan dalam menikmati ‘raja buah’ ini.

ada peniaga jadikan model kereta pelanggan sebagai tanda harga durian dijual

Advertisement

Namun begitu, ramai yang mulai mengadu dengan harga durian yang agak mahal, tambah lagi jika peniaga tidak meletakkan tanda harga.

Menurut laporan, ada peniaga yang menjadikan kenderaan pelanggan yang singgah sebagai kayu pengukur untuk meletakkan harga pada raja buah yang dijual.

Misalnya, jika pelanggan yang singgah itu menggunakan kenderaan jenis mewah, maka harga durian yang dijual juga akan menjadi mahal dan begitulah sebaliknya.

ada peniaga jadikan model kereta pelanggan sebagai tanda harga durian dijual

Namun, disebabkan ada permintaan tinggi terhadap raja buah ini, maka pelanggan terpaksa berhadapan dengan harganya yang kadang kala tidak masuk akal.

Justeru, bagi mengelakkan ini daripada terus berlaku, anda boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sekiranya peniaga tidak mempamerkan tanda harga atau disyaki menggunakan penimbang yang tidak ditentusah.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini