Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini telah membenarkan import penutup mulut dan hidung (face mask) bagi mengatasi kekurangan bekalan bahan tersebut dalam pasaran domestik.

Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ia berikutan harga siling penutup mulut dan hidung dinaikkan kepada RM2 sekeping berbanding harga sebelum ini 80 sen sekeping.
Advertisement
"KPDNHEP berharap langkah ini akan menggalakkan peniaga mengimport penutup mulut dan hidung dalam waktu terdekat.
“Kalau KPDNHEP masih hadkan harga siling 80 sen sekeping, pengusaha dan kilang tidak lagi mampu mengeluarkan penutup mulut dan hidung,” katanya kepada pemberita.
Kenaikan harga face mask itu adalah disebabkan harga bahan menghasilkan face mask itu naik buat masa ini.

Sebelum ini, KPDNHEP melaksanakan larangan mengeksport face mask ke luar negara supaya bekalan dalam negara dapat ditingkatkan.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Sinar Harian