Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Harimau Dalam Kurungan Berjalan Dalam Bulatan Tanpa Henti Disyaki Sedang Murung

Seekor harimau Bengal putih dirakam berjalan dalam bulatan tanpa henti di sebuah zoo di China, dipercayai mengalami kemurungan.

harimau dalam kurungan berjalan dalam bulatan tanpa henti disyaki sedang murung

Menurut Daily Mail, zoo di Beijing itu menyedari tingkah laku aneh haiwan itu pada Mac lalu dan telah diberikan kaunseling psikologi.

Advertisement

harimau dalam kurungan berjalan dalam bulatan tanpa henti disyaki sedang murung

Warganet dan pencinta haiwan di China menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan harimau berkenaan, sambil menyifatkan harimau itu mengalami kemurungan.

Zoo berkenaan dalam satu kenyataan meyebut bahawa rakaman itu bukanlah video terbaru dan harimau itu juga telah dikeluarkan dari kurungan tersebut pada Mac lalu selepas penjaga zoo sedar tingkah laku anehnya.

“Tingkah laku yang sebegini sememangnya dijangka selepas haiwan-haiwan tinggal dalam tempoh yang lama di zoo,” kata seorang staff.

harimau dalam kurungan berjalan dalam bulatan tanpa henti disyaki sedang murung

Sumber: Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini