Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sedih! Spesis Harimau Malaya Kini Hanya Tinggal 23 Ekor - Kajian

Pada September tahun lalu, Harimau Malaya dilaporkan hanya tinggal 250 hingga 340 ekor sahaja.

sedih! spesis harimau malaya kini hanya tinggal 23 ekor - kajian

Advertisement

Kini bilangan itu susut mendadak dan dilaporkan hanya tinggal 23 ekor spesis Harimau Malaya di Hutan Simpan Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor di Gerik, Perak.

Dipetik dari Bernama dan Awani, kepupusan harimau Malaya ini adalah terjadi disebabkan pemburuan haram terutamanya daripada pemburu professional dari negara-negara Indo-China seperti Vietnam, Laos dan Kemboja.

sedih! spesis harimau malaya kini hanya tinggal 23 ekor - kajian

“Kalau kita tidak ambil apa-apa tindakan sekarang sudah pasti, ikut trajectory data, dalam masa dua tiga tahun kita akan ada kurang daripada 10 ekor.

“Jumlah populasi ini tidak mencukupi untuk membuat pembiakan harimau. 

“Bermakna dalam masa enam ke tujuh tahun akan datang, kita akan hilang dan pupus harimau, terutamanya di Belum, Temengor,”,
kata Pengurus Besar Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohamed Shah Redza Hussein.

sedih! spesis harimau malaya kini hanya tinggal 23 ekor - kajian

Ayuh kita selamatkan Harimau Malaya!

sedih! spesis harimau malaya kini hanya tinggal 23 ekor - kajian

ERA Muzik Hit Terkini