Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Harimau Maut Digilis, Pemandu Treler dan Individu Curi Badan Harimau Belum Dapat Dikesan

harimau-640.png

Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan seekor harimau belang mati digilis di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa masih belum berjaya dikesan.

Advertisement

Menurut pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat setakat ini juga pemandu terbabit masih belum membuat laporan berkaitan kejadian itu.

Seperti yang tular di media sosial, haiwan malang itu digilis dan bahagian badannya dipercayai dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Namun, pihak polis akan bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk menjejaki individu dipercayai mengambil bahagian badan harimau belang yang mati itu.

“Pihak polis akan memberi kerjasama untuk menjejaki suspek dan tapi setakat ini kita tak tahu suspek, sebab pemandu lori pun tidak membuat sebarang laporan polis.

“Laporan polis ini (kehilangan anggota badan harimau) setelah tular, pihak Perhilitan yang buat laporan dan kita membantu pihak Perhilitan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Sumber : Awani 

ERA Muzik Hit Terkini