Buat mereka yang selalu melancong ke luar negara, isu pemilihan makanan halal sememangnya menjadi perhatian, lebih-lebih lagi jika mengunjungi negara yang kurang penduduk beragama Islam.
Sejak semalam tular video yang dikongsikan oleh Najib Ayub menunjukkan bagaimana peniaga gerai makanan di Myeongdong Street menyalah gunakan logo halal pada papan tanda kedai makannya.
Advertisement

Menurut beliau, peniaga akan menggunakan logo halal jika ramai pelancong memakai tudung, dan menurunkan logo halal jika keadaan sebaliknya.

Apa yang meragukan ialah, senarai menu yang dijual kedai berkenaan termasuklah ‘pork belly’ yang nyata sudah tidak halal.
Dekat Myeondong Street, penjual dekat stall ni bila dia nampak ramai orang pakai tudung jalan dekat situ dia tukar signboard yang ada halal tapi bila dah ramai tourist dari tempat lain *(time ni ramai orang Filipina dtg stall) dia turunkan signboard tu letak dekat tepi. pic.twitter.com/cNIL8n7Z6o
— ian N.A (@Najib_Ayub) October 23, 2019
Terdapat pelbagai reaksi dan komen daripada warganet:
dkt ausie pun sama ada member ckp “ takyah la order bacon , order la mc chiken “ tapi kalau perkerja dia grill ke atau apa2 dia mungkin masak ayam guna minyak bacon yg dia dh masak tadi atau grill en en terfikir tak mcm tu??? 🤣
— icha (@frshaans) October 24, 2019
khinzir sgt berleluasa di sana🤣so belajar siap2 khinzir dlm bhs korea 돼지(dwae-ji)
— isyuhadha (@sixteen2welve) October 24, 2019
sblm serbu masuk kedai tanya ahjumma tu “Dwaeji isseoyo?”(Ada jual khinzir ke?)
Kalau dia jawab “Nae” mohon keluar dari kedai😊
Kalau nak travel korea lepasni kena prepare ikan bilis garing, sambal belacan. Cari nasik ja kat sana huhu
— henlo (@mubaraqarrazi) October 24, 2019
Actually this thing is not only happening in korea, banyak lagi negara camni sebenarnya. It just that when it comes to food we have to be extra concern about it. Kalau boleh pegi negara minor muslim, elak any beef or chicken. Went to myeongdong rata rata letak halal logo
— 📌 | GOT7thusiast (@ilyanawang) October 24, 2019
Selain daging2, tulang sum2 khinzir bnyk flavor, bahaya even makan sup2. Xnmpk tpi ada benda tu. So buat la kajian tntang sesuatu tmpt nak pergi. Bagi Muslim, makanan halal mmg penting kecuali bila dlm keadaan darurat baru boleh.
— 💙A.Najwa 💚 (@anjwaaii) October 24, 2019
Jika anda melancong ke luar negara, malah dalam negara sekalipun, sentiasalah berhati-hati dalam pemilihan makanan ok?
Sumber: Twitter Najib Ayub