Syarikat penerbangan Garuda Indonesia memaklumkan bahawa anak kapal mereka tidak lagi akan memakai topeng penutup hidung dan mulut.

Ia berikutan pihaknya menerima aduan daripada pelanggan yang kurang senang kerana tidak dapat melihat wajah pramugari dan pramugara bertugas.
Advertisement
Malah pelanggan juga merungut kerana tidak dapat melihat ekpresi muka kaitangan ketika sedang melayan mereka.

“Ramai pelanggan mengadu bila melihat pramugari dan pramugara memakai pelitup muka kerana mereka tidak dapat melihat samada mereka sedang senyum atau merungut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Garuda Indonesia, Irfan Setiaputra.
Sebagai ganti, pihak Garuda Indonesia mungkin akan menggunakan pelindung muka (face shield) sebagai pengganti kepada face mask.

Sumber: Awani