Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Asyik Fikir Pasal Makan, Anda Mungkin Hidap BED, ''Wanita Paling Kerap Kena Gangguan Ini''

Jika anda mempunyai tabiat suka makan dan sentiasa ingat pasal makanan, anda sebenarnya sedang menghadapi 'binge eating disorder' (BED).

asyik fikir pasal makan, anda mungkin hidap bed,

Advertisement

BED merujuk kepada kecelaruan makan apabila seseorang itu gagal mengawal nafsu makannya. Pendek kata, seseorang itu akan makan tanpa sebab walau sudahpun kenyang.

Menurut portal Hello Sihat, sindrom ini ada kaitannya dengan psikologi dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Namun, golongan wanita dikatakan lebih kerap mengalami gangguan ini khususnya pada peringkat remaja.

asyik fikir pasal makan, anda mungkin hidap bed,

Antara tanda-tanda BED ialah:

1. Tidak boleh kawal nafsu makan

2. Selalu memikirkan tentang makanan

3. Sering menyembunyikan makanan dan makan secara tersorok supaya tidak kelihatan oleh orang lain.

4. Sering makan semasa mengalami tekanan.

Buat mereka yang mengalami BED, anda dinasihatkan untuk mengubah cara hidup dan selalu sibukkan diri dengan aktiviti lain yang boleh membuatkan anda tidak terlalu memikirkan tentang makanan.

Sumber: Hello Sihat

ERA Muzik Hit Terkini