Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Guna Orang Lain Untuk Kepentingan Diri Tanda Hidap Gangguan Personaliti Narsistik

Setiap hari, kita pasti berhadapan dengan pelbagai jenis karakter manusia yang berbeza-beza. Ada yang pemalu, ada juga yang terlebih berani.

guna orang lain untuk kepentingan diri tanda hidap gangguan personaliti narsistik

Dalam banyak-banyak personaliti itu, ada sejenis personaliti yang dikategorikan sebagai gangguan personaliti, dikenali sebagai ‘narsistik’.

Advertisement

Narsistik merupakan salah satu daripada beberapa jenis gangguan personaliti yang mana keadaan mental individu itu sentiasa mempunyai rasa pentingnya kepentingan diri sendiri.

guna orang lain untuk kepentingan diri tanda hidap gangguan personaliti narsistik

Namun, disebalik keyakinan melampau pada diri ini, mereka sebenarnya rapuh pada kritikan daripada orang sekeliling.

Antara personaliti narsistik adalah seperti:

1. Dibelenggu dengan kejayaan, kecemerlangan, keindahan dan hubungan cinta yang ideal.

2. Percaya bahawa diri adalah istimewa dan unik, dan hanya boleh bergaul dengan mereka yang setaraf dengannya.

3. Rasa layak untuk mendapat layanan yang berlebihan.

4. Eksploitasi, iaitu menggunakan orang lain untuk mencapai tujuan serta matlamat diri sendiri.

5. Kurang empati dan tidak peduli dengan perasaan serta keperluan orang lain.

6. Rasa seronok apabila selalu dipuja dan dipuji.

7. Percaya orang lain mempunyai rasa iri hati kepada dirinya.

Gangguan narsistik ini boleh menyebabkan banyak masalah lain dalam kehidupan seperti dalam hubungan, pekerjaan, sekolah malah urusan kewangan juga.

guna orang lain untuk kepentingan diri tanda hidap gangguan personaliti narsistik

Bagi merawat masalah ini, terapi dan sesi kaunseling mungkin dapat mengurangkan perasaan ‘narsistik’ daripada terus membelenggu diri. Dapatkan rawatan lanjut di mana-mana hospital berdekatan.

Sumber: [1] [2]

ERA Muzik Hit Terkini