Seorang lelaki disangka telah meninggal dunia, dikejarkan ke hospital selepas didapati masih bernafas ketika berada di dalam keranda.
Sumber daripada laporan Kompas, lelaki yang dikenali sebagai Us yang menetap di daerah Bogor, Jawa Barat ketika ini sedang dirawat di Hospital Besar Wilayah (RSUD) Kota Bogor untuk rawatan lanjut. Menurut Ilham Chaidir, pengarah utama hospital, beliau memaklumkan Us hanya mengalami gangguan kesedaran.
Advertisement
Kredit Instagram/BOGOR.TERKINI
Selain itu, abang kepada Us, Saputra memberitahu bahawa kejadian tersebut terjadi pada hari Jumaat lalu apabila abangnya diisytihar meninggal dunia selepas melakukan aktiviti di Semarang.
Tambah Saputra, “Dia meninggal di Semarang ketika ada aktiviti di sana. Seseorang memberitahu dia jatuh sakit dan dibawa ke hospital di Jakarta dan di Hospital Jakarta dia dilaporkan meninggal dunia.”
"Dari rumah sakit sampai rumah memang pakai peti, tutupnya dari kaca. Awalnya kita memang ingin melihat jenazah secara langsung, tapi melihat tubuhnya bergerak-gerak seperti bernapas," ujarnya.
Keluarga Us juga terkejut dengan situasi tersebut kerana melihat tiada tanda yang menunjukkan Us masih hidup ketika keranda tiba di kediaman mereka.