Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Seram! Hidup Sering Diganggu Selepas Jumpa Anak Patung Di Hutan

Warganet terkejut apabila menonton satu video aneh yang menunjukkan seorang lelaki mengambil swafoto bersama satu anak patung yang dijumpai di hutan.

seram! hidup sering diganggu selepas jumpa anak patung di hutan

Advertisement

Memetik laporan Daily Star, seorang pengguna Tik Tok merakamkan video itu bersama anak patung dan selepas beberapa minggu, dia ditimpa kemalangan.

“Kami baru menjumpai dia ini di tengah hutan, tak bohong,” katanya.

seram! hidup sering diganggu selepas jumpa anak patung di hutan

Patung seakan watak filem seram Chucky itu kelihatan sama apabila dilihat sekali imbas dan warganet yang menonton video itu meremang setiap kali melihatnya.

“Saya tidak menyangka anak patung ini akan menghantui kerana kami hanya bermain sahaja, dan seminggu kemudian kereta saya terbabas, kamera mengalami masalah dan anjing say menyalak secara tiba-tiba,” ujarnya.

seram! hidup sering diganggu selepas jumpa anak patung di hutan

Video itu berjaya meraih lebih lima juta tontonan dan mendapat sambutan daripada pengguna laman media sosial itu.

Rata-rata warganet memberi komen agar menjauhi perkara sebegitu kerana tidak mengetahui paranormal yang akan berlaku jika mengganggu ‘mereka’.

“Adakah kamu semua tidak menonton filem seram?,” komen salah seorang pengikutnya.

“Kenapa kamu mahu bermain-main dengan patung itu?,” ujar seorang warganet.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini