Seterika adalah antara objek yang paling mendapat perhatian, khususnya ketika hari raya ini. Tanpa seterika, pasti mood raya anda boleh hilang begitu sahaja.

Namun, ada juga seterika yang mempunyai kesan terbakar. Akibatnya, proses menggosok menjadi lebih sukar, kesat dan kasar.
Advertisement

Menerusi perkongsian oleh Puan Chik Salbiah dalam group Geng Jahit, ada cara mudah untuk anda menghilangkan kesan terbakar pada seterika, iaitu menggunakan panadol.
Bahan-Bahan:
Panadol
Kain batik lama

Cara-caranya:
1. Hidupkan suis ‘on’ pada seterika baju.
2. Patah-patahkan panadil dan tabur pada kain batik.
3. Selepas itu, gosokkan seterika panas atas panadol tersebut.
4. Buat sampai kesan hitam terbakar itu hilang.

Selamat mencuba!
Sumber: Puan Chik Salbiah via Mingguan Wanita
