Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Disangkakan Hingus, Rupanya Cecair Dari Otak Keluar Dari Hidung!

Siapa sangka hingus yang selama ini dianggap alahan, rupa-rupanya berpunca daripada kebocoran cecair dalam otak?

Itu yang dialami Kendra Jackson apabila cecair yang disangkanya hingus rupa-rupanya cecair cerebrospinal (CSF) yang datang daripada otaknya.

Advertisement

lima tahun hingus mengalir, rupanya ada kebocoran cecair dalam otak

Kendra mula mengalami bersin, batuk dan gatal hidung, selepas dia terlibat dalam satu kemalangan kereta sekitar tahun 2013. Sejak dari itu, kemana sahaja beliau pergi, sekotak tisu pasti akan menjadi peneman.

Menurut laporan Klinik Cleveland, kebocoran CSF terjadi apabila cecair di kawasan otak mengalir melalui satu lubang pada tengkorak yang biasanya berpunca daripada kecederaan traumatik.

lima tahun hingus mengalir, rupanya ada kebocoran cecair dalam otak

Kendra mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan dan kini beliau sudah kembali pulih.

lima tahun hingus mengalir, rupanya ada kebocoran cecair dalam otak

Sumber: News.com.auNew York Daily News

ERA Muzik Hit Terkini