Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hospital Guna Topeng Snorkeling Sebab Lambakan Pesakit COVID-19

Disebabkan lambakan pesakit wabak COVID-19 ketika ini, pasukan perubatan kini menggunakan inovasi mereka dengan menggunakan topeng snorkeling bertujuan memberikan bantuan pernafasan kepada pesakit.

hospital guna topeng snorkeling sebab lambakan pesakit covid-19

Idea menggunakan topeng snorkeling ini pertama kali muncul di Itali, iaitu negara paling teruk terjejas akibat wabak pandemik ini sehinggakan hospital dinegara itu menjadi sesak teruk.

Advertisement

Salah satunya ialah Hospital Erasme di pinggir ibukota Belgium di Brussels. Hospital yang juga berdekatan dengan universiti ULB memperkenalkan percetakan 3D bersama-sama topeng snorkeling untuk kegunaan perubatan.

hospital guna topeng snorkeling sebab lambakan pesakit covid-19

"Ia digunakan untuk pesakit yang mengalami masalah pernafasan yang teruk. Matlamatnya adalah untuk mengelakkan pesakit bergantung kepada mesin pernafasan yang memerlukan tiub dimasukkan ke dalam tekak pernafasan mereka," kata Frederic Bonnier, ahli fisioterapi pernafasan di hospital yang juga mengajar di universiti terbabit.

hospital guna topeng snorkeling sebab lambakan pesakit covid-19

Topeng snorkeling itu disambungkan kepada mesin BiPAP standard yang memberi tekanan udara terus ke dalam topeng untuk membantu pesakit bernafas seperti biasa.

Sumber: Yahoo! News

ERA Muzik Hit Terkini