Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hospital Kajang Cipta Sejarah Berjaya Jalani Pembedahan Prosedur Derma Organ

Baru-baru ini, Hospital Kajang mencipta sejarah setelah apabila julung kalinya berjaya melaksanakan prosedur pendermaan organ pada Ahad.

hospital kajang cipta sejarah berjaya jalani pembedahan prosedur derma organ

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau merakamkan penghargaan kepada keluarga penderma atas tindakan murni tersebut.

Advertisement

“Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Perolehan Tisu dan Organ, Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi, Jabatan Perubatan, Jabatan Patologi, Jabatan Radiologi, Jabatan Kecemasan dan Unit Forensik Hospital Kajang serta pasukan pakar urologi Hospital Kuala Lumpur yang membantu menjayakan pelaksanaan prosedur ini,” katanya.

Malah, beliau juga menjelaskan pendermaan organ merupakan anugerah kehidupan yang sangat bernilai.

hospital kajang cipta sejarah berjaya jalani pembedahan prosedur derma organ

Ia bukan sahaja memberikan kualiti hidup yang lebih baik malah menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ.

Berdasarkan rekod terkini terdapat lebih 4,600 pesakit di dalam senarai menunggu organ di negara ini.

“Sebagai makluman, sejarah transplantasi organ di Malaysia telah bermula sejak tahun 1975 lagi. Pelbagai aktiviti dan langkah pengukuhan terus dijalankan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan pendermaan organ.

“Sehingga kini, sejumlah 2,624 pesakit telah menerima manfaat pembedahan transplantasi organ hasil pendermaan organ selepas kematian dan penderma hidup,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini