Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hospital Penuh Pesakit COVID-19, Rakyat Mexico Terpaksa Beli Tangki Oksigen Sendiri

Akibat daripada peningkatan kes COVID-19 dan kesesakan di hospital untuk merawat mereka yang dijangkiti, rakyat Mexico kini terpaksa membeli tangki oksigen sendiri untuk merawat ahli keluarga di rumah.

hospital penuh pesakit covid-19, rakyat mexico terpaksa beli tangki oksigen sendiri

Kerajaan Mexico juga membuat program khas bagi membolehkan orang ramai mengisi tangki oksigen sendiri secara percuma dalam usaha merawat pesakit COVID-19 dari rumah masing-masing.

Advertisement

hospital penuh pesakit covid-19, rakyat mexico terpaksa beli tangki oksigen sendiri

Lebih memburukkan keadaan, masalah kecurian tangki oksigen juga semakin meningkat, menyebabkan ramai yang terjejas dengan jangkitan COVID-19 di negara berkenaan.

hospital penuh pesakit covid-19, rakyat mexico terpaksa beli tangki oksigen sendiri

Mexico mencatatkan kes harian sekitar 20 ribu kes pada minggu ini, dengan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara tersebut sebanyak 1.73 juta.

Peningkatan jumlah kes ini juga berpunca daripada hospital-hospital yang sesak dengan 89 peratus kapasiti hospital telah dipenuhi.

hospital penuh pesakit covid-19, rakyat mexico terpaksa beli tangki oksigen sendiri

Menurut Setiausaha Kesihatan Mexico, Hugo Lopez Gatell, jumlah kes dinegara itu akan terus meningkat dari hari ke hari sekiranya tiada penyelesaian dibuat.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini