Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lonjakan Kes COVID-19, Hospital Selayang Kini Terpaksa Guna Kontena Simpan Jenazah

Selepas Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang di Selangor pula terpaksa menyediakan kontena khas untuk menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19.

lonjakan kes covid-19, hospital selayang kini terpaksa guna kontena simpan jenazah

Advertisement

Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM) di media sosial, kontena disediakan selepas peti mayat di hospital tersebut tidak mampu menampung jumlah kes kematian yang semakin meningkat.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh. 

lonjakan kes covid-19, hospital selayang kini terpaksa guna kontena simpan jenazah

“Kematian akibat COVID-19 di negara kita semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang,” jelas KKM.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini