Beberapa kawasan di bandaraya Ipoh dilaporkan dilanda hujan air batu yang turun bersama dengan hujan lebat serta ribut.

Advertisement
Memetik laporan Awani, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam disekitar Manjoi dan Jelapang telah mengejutkan ramai pihak kerana ia amat jarang berlaku.
Antara kawasan yang menerima hujan air batu adalah di Taman Idris, menyebabkan bunyi kuat dari atap rumah.
Hujan batu kome di Ipoh. Harap semua berhati-hati di luar. Yang tengah buat delivery makanan, boleh berhenti terlebih dahulu. Kami memahami sebaiknya. pic.twitter.com/Q0BouFZXJA
— Moh! (@MohKeIpoh) May 20, 2020
Ada penduduk yang menyangka pokok tumbang dan beberapa penduduk juga dilihat melaungkan azan ketika hujan air batu itu berlaku kira-kira 15 minit.
Fenomena alam yang jarang berlaku itu juga menarik perhatian orang ramai apabila ada yang mengutip ketulan ais berkenaan dan berkongsi di media sosial.
Ipoh dilanda hujan batu chor pic.twitter.com/mAFUOYyY9R
— Sʏᴀᴢʀᴀᴇɪ Mᴏʜᴅ (@SyedAzraei) May 20, 2020
Hujan Ais batu kat Ipoh, mau benjol dahi kena ais batu kecik2 gini huhu pic.twitter.com/eZWymVTsPi
— #TeamRayaSelangor 🕌 (@fazliwazil_) May 20, 2020
Hujan air batu terjadi akibat daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan, menyebabkan ais itu gagal mencair sebelum ia turun ke bumi.
Sumber: Awani