Seramai 54 warga Sidoarjo, Indonesia telah ditangkap gara-gara mengabaikan arahan yang ditetapkan pihak berkuasa bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Disebabkan itu, mereka telah dikumpulkan di kawasan perkuburan mangsa COVID-19 dekat Delta Praloyo di Jalan Lingkar Timur, Sidoarjo, Indonesia.
Advertisement
Rata-rata mereka yang ditahan adalah kerana tidak memakai pelitup muka semasa berada ditempat awam, seperti bengkel dan juga kafe.

Mereka dihukum berdoa dan juga mengaji sambil diketuai oleh salah seorang pesalah yang melanggar undang-undang kesihatan tersebut.
Selesai membaca doa dan bertahlil, kesemua pesalah ini masing-masing diletakkan pada setiap kubur mangsa COVID-19 supaya mereka merenungi akan kesalahan yang mereka lakukan.
Mereka dibebaskan pada jam 12 tengah malam, waktu tempatan.
Denda seperti ini bukanlah suatu yang baharu kerana minggu lalu, Jakarta telah memberikan hukuman berbaring dalam keranda bagi pesalah COVID-19.
Sumber: Detik News