Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hukuman Berat Menanti Individu Cuai Tinggal Anak Kecil Sendirian Dalam Kenderaan, Boleh Kena Denda Dan Penjara

Tindakan dan denda akan diambil kepada orang ramai terutama ibu bapa yang sering meninggalkan anak-anak sendirian di dalam kereta tanpa pengawasan.

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.

Advertisement

hukuman berat menanti individu cuai tinggal anak kecil sendirian dalam kenderaan, boleh kena denda dan penjara

Menerusi hantaran di laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Jika disabitkan kesalahan, akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” tulisnya.

Malah, tindakan ini dikuatkuasakan susulan banyak kecuaian dan kes berlaku melibatkan anak-anak kecil yang sering ditinggalkan di dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa.

Rata-rata warganet menyambut baik usaha ini dalam membanteras dan mengelakkan risiko terhadap nyawa anak-anak kecil terkorban akibat kecuaian ibu bapa atau penjaga sendiri.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini