Ahli ekologi, Dr David Lapora dari University of Campinas di Brazil memberi amaran bahawa pandemik seterusnya mungkin boleh datang dari hutan hujan Amazon.
Ia adalah berikutan berlaku pencerobohan manusia ke atas habitat flora dan fauna dikawasan seluas 5.5 juta kilometer persegi itu, menyebabkan risiko penularan koronavirus baru dimasa akan datang.
Advertisement

Menurut beliau, corak sama dapat dilihat ketika penularan virus HIV, Ebola dan juga demam denggi.
"Amazon adalah ‘sumber simpanan’ virus paling besar. Virus boleh tersebar daripada haiwan kepada manusia apabila berlaku ketidakseimbangan ekologi.
“Kesemua virus itu muncul atau merebak secara besar-besaran kerana ketidakseimbangan ekologi. Ini adalah berita buruk dan bukan hanya untuk bumi malah kepada kesihatan manusia,” katanya.
Penebangan hutan secara haram di Amazon berlaku dengan peningkatan sebanyak 85 peratus meliputi kawasan lebih 10,000 kilometer persegi atau bersamaan dengan saiz Lubnan.

Sumber: Sinar Harian