Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Sahkan Terima Laporan Ibu Bapa Bawa Keluar Anak Hidap Simptom Koronavirus Dari Wad

Ekoran daripada tularnya laporan polis mengenai seorang kanak-kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar dari sebuah hospital di Johor Bahru oleh ibunya pada Jumaat lalu, Polis Johor mengesahkan telah menerima laporan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superitenden Mohd Afzanizam Yahaya berkata, laporan tersebut dibuat oleh seorang doktor dari hospital kerajaan pada jam 4.20 pagi Sabtu.

Advertisement

polis sahkan terima laporan ibu bapa bawa keluar anak hidap simptom koronavirus dari wad

Menurut laporan oleh doktor terbabit, ibu bapa kanak kanak yang didapati menghidap simptom koronavirus didakwa tidak mahu anaknya dikuarantin kerana mahu menaiki penerbangan ke China pada jam 9:55, Jumaat malam.

Kanak-kanak tersebut juga didapati mempunyai simptom influenza seperti demam dan batuk.

polis sahkan terima laporan ibu bapa bawa keluar anak hidap simptom koronavirus dari wad

Walaupun dinasihatkan oleh doktor agar menempatkan anaknya diruangan kuarantin, bapa kanak-kanak itu berdegil dan meninggalkan hospital tersebut.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu pula berkata, perkara itu kini dalam siasatan.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini