Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibu Bapa Dibenar Bawa Pulang Anak Dari Kampus IPT Mulai Hari Ini

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa bersetuju membenarkan ibu bapa pelajar institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) termasuk Politeksik dan Kolej Komuniti untuk menjemput anak mereka ulang dari kampus ke kediaman masing-masing mulai hari ini, 6 Mei 2020.

ibu bapa dibenar bawa pulang anak dari kampus ipt mulai hari ini

Bagaimanapun, kebenaran itu hanya terhad kepada pergerakan di dalam negeri sahaja (intra-state).

Advertisement

KPT juga memaklumkan pergerakan ini hendaklah dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mana-mana ibi bapa pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pergerakan ini boleh hubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6628/6623/6124.

Sumber: Astro Radio News

ERA Muzik Hit Terkini