Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa seluruh negara, orang ramai diingatkan agar untuk terus duduk di dalam rumah dan tidak keluar tanpa ada tujuan yang penting.
Disebabkan itu, pihak Polis dan PDRM dikerah untuk mengambil tindakan bagi memastikan arahan ini dapat dikuatkuasakan dengan baik.
Advertisement
Namun, ada juga rakyat yang masih berdegil dan mahu keluar rumah, termasuklah seorang remaja lelaki dari Kampung Kuak, Perak ini.

Video rakaman menunjukkan Ketua Polis Balai Lenggong, Inspektor Mohd Ropiza Hassan, turun sendiri ke rumah milik seorang ibu ini selepas anaknya masih berdegil mahu keluar dari rumah ketika tempoh PKP masih dijalankan.
Video rakaman berdurasi satu minit 37 saat itu kini tular dilaman sosial mendapat pujian ramai selepas polis berkenaan memberikan nasihat padu kepada remaja terbabit.

Sumber: Facebook.