Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibu Didakwa Polis Akibat ‘Palsukan’ Kelahiran 10 Bayi Kembar, Dimasukkan Ke Wad Psikiatri

Seorang wanita dipercayai ‘memalsukan’ kelahiran 10 bayi kembarnya telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan psikiatri.

Gosiame Thamara Sithole, 37 tahun ditahan pihak polis di rumah saudaranya yang terletak berdekatan Johannesburg, Afrika Selatan pada Khamis lalu.

Advertisement

ibu didakwa polis akibat ‘palsukan’ kelahiran 10 bayi kembar, dimasukkan ke wad psikiatri

Wanita itu dibawa ke Chloorkop selepas pasangannya, Teboho Tsotetsi membuat laporan polis tentang kehilangannya.

Berita ini tular selepas dia mendakwa berjaya melahirkan kembar 10 melalui pembedahan Ceasarean di sebuah hospital di Pretoria pada 7 Jun dan sekali gus mencipta rekod dunia.

ibu didakwa polis akibat ‘palsukan’ kelahiran 10 bayi kembar, dimasukkan ke wad psikiatri

Namun, ramai warganet menimbulkan tanda tanya apabila tiada sebarang gambar bersama ‘anak-anaknya’.

Menurut Jabatan Kesihatan Nasional Afrika Selatan, siasatan mendapati 10 bayi berkenaan tidak pernah wujud.

Bagaimanapun satu sumber tempatan melaporkan kelahiran 10 bayi kembar itu dan ia terpaksa disorok akibat dakwaan kelalaian perubatan.

Sumber: AFP News
 

ERA Muzik Hit Terkini