Bayi rata-ratanya mempunyai tabiat suka memasukkan objek ke dalam mulut kerana ketika fasa inilah mereka mula untuk belajar bermacam perkara.
Jadi tidak hairanlah apabila kita melihat ada bayi yang suka memasukkan objek-objek pelik ke dalam mulut sehingga mendatangkan bahaya kepada mereka.
Advertisement
Terbaru, bayi kepada Chrustel Holland, seorang ibu dari TikTok, didakwa memasukkan pen Sharpie, higga membuatkan bibir dan mulutnya bertukar warna kepada ungu.


Bayinya itu juga kelihatan merengek, sehingga membuatkan ramai panik.
@christelholland Only moms know what this actually is😂 ##MakeBakeShake ##healthheroes ##ScoobDance ##pancakecereal ##alwayslearning ##fyp ##foryou ##xyzbca ##foryoupage
♬ original sound - christelholland
Lebih mengejutkan, dalam video tersebut Christel berkata anak perempuannya pernah makan sharpie ketika bayi, dan kini anak lelakinya pula melakukan perkara yang sama.

Perkongsian itu menyebabkan ramai percaya bahawa ibu tersebut sengaja memberikan anak-anaknya pen tersebut untuk dimasukkan ke dalam mulut.
Bagaimanapun, Christel menjelaskan bahawa warna ungu pada mulut anak-anaknya itu bukanlah kesan daripada pen, sebaliknya adalah ubat untuk menghilangkan ulser dalam mulut.
@christelholland Reply to @christelholland here. I put it on myself for you lol
♬ original sound - christelholland
Fuh, buat suspen je!