Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Video Ibu Tikus Selamatkan Anak Dari Lemas Sentuh Hati Warganet

Naluri ibu bukan sahaja wujud dalam diri manusia, malah ia juga kuat dalam diri seekor haiwan.

Itu yang dapat dilihat menerusi satu rakaman video yang tular apabila seekor ibu tikus dilihat bertungkus-lumus cuba menyelamatkan anak-anaknya daripada lemas.

Advertisement

video ibu tikus selamatkan anak dari lemas sentuh hati warganet

Video yang tidak diketahui sumber dan lokasinya ini telah menjadi tular di platform media sosial berjaya menyentuh hati warganet yang menontonnya.

Manakan tidak, ibu tikus berkenaan sanggup menyelam sebanyak 4 kali dalam arus air deras, menuju ke sarangnya semata-mata menyelamatkan anak-anaknya yang masih kecil.  

video ibu tikus selamatkan anak dari lemas sentuh hati warganet

Tidak dapat dipastikan sama ada anak-anak tikus itu selamat selepas kejadian, namun tindakan ibu tikus ini jelas menunjukkan betapa kasih dan sayangnya ibu kepada anak-anak meskipun terpaksa berhadapan dengan bahaya.

Sumber: Twitter

ERA Muzik Hit Terkini