Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat Pemanasan Global, ‘Iceberg’ Terbesar Dunia Kini Hanyut Di Lautan

Tahukah anda? Setiap tahun pasti akan ada bongkah ais baru yang terbentuk, terpisah daripada bongkah asal yang jauh lebih besar.

Baru-baru ini, sebuah bongkah ais terbesar di dunia hanyut di Laut Weddell dan terpisah dari lokasi asalnya di Antartika.

Advertisement

akibat pemanasan global, ‘iceberg’ terbesar dunia kini hanyut di lautan

Keluasan permukaan bongkah ais tersebut adalah 4,320 kilometer persegi dan bongkah ais itu lebih besar daripada Perlis serta hampir separuh daripada keluasan Kedah.

Dikenali sebagai A-76, saiznya jauh lebih besar daripada A-23A yang sebelum ini merupakan bongkah ais paling besar (permukaan kira-kira 3,380 kilometer persegi) yang juga masih hanyut di Laut Weddell.

akibat pemanasan global, ‘iceberg’ terbesar dunia kini hanyut di lautan

A-76 pertama kali dikesan oleh Kajian Antartika Britain dan disahkan oleh Pusat Ais Nasional Amerika Syarikat yang berpangkalan di Maryland.

Kehadiran bongkah ais itu dikesan menggunakan gambar dari Copernicus Sentinel-1, yang terdiri daripada dua satelit yang mengorbit kutub.

Menurut saintis, beberapa bongkah ais yang lebih jauh dari Kutub Selatan telah mengalami proses pecah dan terpisah daripada lokasi asal dengan lebih cepat sejak beberapa tahun lepas.

Fenomena tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pemanasan global.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini