Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suhu Makin Panas, Puluhan Ribu Ikan Mati Di Greece

Khamis lalu, puluhan ribu ikan telah ditemui mati di tebing sebuah tasik di kawasan perlindungan di utara Greece.

suhu makin panas, puluhan ribu ikan mati di greece

Advertisement

Perkara itu dilaporkan berpunca daripada suhu tinggi dan kemarau yang berpanjangan. Menurut pegawai alam sekitar, keadaan paras air di Tasik Koroneia telah menurun lebih 70 peratus semenjak tiga tahun yang lalu.

Menurut ahli biologi Athena Patsia pula berkata suhu yang tinggi pada musim kemarau telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam air.

suhu makin panas, puluhan ribu ikan mati di greece

suhu makin panas, puluhan ribu ikan mati di greece

Beberapa jenis ikan telah ditemui mati antaranya ikan mas, sunfish dan ikan-ikan air tawar yang lain.

Tasik Koroneia merupakan tasik yang terbesar di Greece dan terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar pelabuhan Thessaloniki.

Pada tahun 2015, paras air tasik tersebut berada pada tahap yang stabil. Bagaimanapun, musim panas yang berpanjangan telah mengakibatkan situasi semakin buruk.

Perkara itu turut menjejaskan sumber nelayan di kawasan tersebut.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini