Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pemilik bot nelayan di jeti Lembaga Kemajian Ikan Malaysia (LKIM) Pahang telah menyumbangkan 1.5 kilogram ikan kepada warga Kuantan.

Wakil pemilik bot, Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, ia secara tidak langsung dapat meringankan beban masyarakat setempat yang sukar mendapatkan hasil laut.
Advertisement
"Saya bersama 50 pemilik bot sepakat melakukan kerja amal ini dan kami bersetuju memberi antara 100 hingga 200 kilogram pelbagai jenis ikan kepada saya.
"Jadi, dalam sehari kita dapat kumpul antara 1,000 hingga 2,000 kilogram ikan dan kita agihkan kira-kira 1.5 kilogram pelbagai jenis ikan kepada sebuah rumah di daerah ini," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut beliau lagi, setiap rumah akan menerima bekalan ikan seperti ikan kerisi, selayang, cencaru, tamban, pelaling, tongkol dan sotong.
"Bekalan ini cukup untuk bekalan mereka dalam tempoh dua atau tiga hari tanpa perlu keluar rumah.
"Sebelum ini kita sudah agihkan kepada penduduk Sungai Lembing, Bukit Setongkol, Indera Mahkota, Taman Cenderawasih, Kampung Tiram, Taman Impian dan Felda Panching.
"Kemungkinan rangkaian agihan ini akan berubah dari semasa ke masa mengikuti sumbangan daripada pemilik bot tetapi kita yakin agihan ini di seluruh daerah ini," katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian