Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pensyarah UMT Dakwa Ikan Singgang Mampu Rawat Penyakit Coronavirus?

Seorang pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makananan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendakwa ikan singgang mempunyai potensi untuk merawat penyakit koronavirus atau Covid-19.

pensyarah umt dakwa ikan singgang mampu rawat penyakit coronavirus

Advertisement

Menurut Dr Azizah Mahmood, menu ikan singgang mampu menghapuskan mikrob berdasarkan kajian yang pernah dijalankan ke atas bahan-bahan yang ada dalam menu tradisional tersebut.

Menurutnya lagi, meskipun pihak universiti belum menjalankan kajian ikan singgang keatas Covid-19, beliau percaya menu ikan singgang ini mempunyai potensi untuk merawat penyakit tersebut.

“UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19 itu, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.

“Bagaimanapun, berdasarkan banyak kajian yang dijalankan ke atas bahan-bahan yang ada dalam menu tradisional itu, ia berkemungkinan berpotensi untuk merawat,” jelasnya.

Antara bahan yang ada dalam resipi ikan singgang adalah seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih, yang diakui mampu memusnahkan mikrob, melalui banyak kajian-kajian terdahulu.

pensyarah umt dakwa ikan singgang mampu rawat penyakit coronavirus

Menu ikan singgang juga baik untuk kesihatan kerana ia tidak mempunyai santan dan juga minyak.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini